Cara Buat Air Balang

Nak tahu cara buat air balang dan jadi usahawan peniaga air balang?


Sebenarnya nak memulakan bisnes air balang ini tidak memerlukan banyak peralatan pun. Hanya sekadar memerlukan peralatan asas seperti balang air, meja dan kanopi sahaja sudah mencukupi.

Ada empat aspek bagi memulakan jualan air balang anda. Iaitu tapak jualan, peralatan, pengurusan masa, dan jenis air ingin dijual.

Empat Cara Buat Jualan Air Balang

Kenali lokasi yang ramai orang

Pertama sekali, sebelum anda ambil keputusan untuk membeli semua kelengkapan jual air balang ini, anda seharusnya perlu membuat penelitian terlebih dahulu tentang kawasan yang bakal anda menjual nanti. Penelitian ini untuk memastikan kawasan anda pilih itu akan mendapat sambutan ataupun tidak.

Antara kawasan hot boleh anda pilih adalah kawasan sekolah, asrama pelajar universiti,…

Peralatan dan kelengkapan

Peralatan asas yang perlu anda sediakan antaranya balang air, meja lipat, kanopi, dan tong simpanan ais.  Manakala lain-lain kelengkapan seperti cawan, plastik bungkusan, bekas air gula, tali pengikat dan senduk penyiduk.

Mungkin anda tertanya-tanya berapakah modal untuk membeli semua peralatan ini bukan. Jika anda ingin tahu, saya sudah buat senarai lengkap kesemua harga peralatan ini. Boleh download baca ebook atau panduan bisnes air balang

    Download panduan bisnes air balang


Pengurusan masa berniaga

Saya perhatikan ramai peniaga air balang yang tidak konsisten dalam pengurusan masa berniaga. Anda perlu bijak dalam merancang masa agar segala urusan berjalan dengan lancar.

Jika anda ingin menjual air buah, segala proses memasak dan mengisar buah dilakukan pada malam sebelum berniaga. Hasil kisaran itu perlu disimpan tempat sejuk agar ianya tidak menjadi busuk atau basi.

Ais pula perlulah dibeli pada masanya agar ianya tidak mencair begitu sahaja nanti. Saya ada kongsikan secara terperinci dalam ebook Bisnes Air Balang berkenaan pengurusan masa ini.

Anda perlu tetapkan bila masa anda berniaga dan bila masa anda cuti. Ini bagi memastikan pelanggan tahu agar mereka bila sampai di gerai anda tiba-tiba gerai anda tutup. Lama kelamaan mereka naik menyampah kemudian beralih membeli daripada peniaga yang lain pula.

 

Jual air yang banyak sambutan

Jika anda nak keuntungan cepat, anda boleh menjual air yang tengah viral pada masa sekarang. Contohnya bubble tea. Tapi anda perlu tahu bahawa air jenis viral ini ada masa surutnya juga. Paling lama pun boleh bertahan 4-6 bulan, kemudian permintaan pada air ini semakin berkurangan hari demi hari.

Kalau tak nak menjual air jenis itu, anda boleh jual air yang dapat permintaan sepanjang musim. Bak kata orang putih evergreen. Jualan air ini tidaklah serancak dengan jualan air viral itu, tapi masih lagi ada permintaan. Contohnya air soya, air tembikai susu dan air kedondong asam boi.



Kesilapan besar peniaga air balang

Bisnes modal kecil untung besar memang menjadi rebutan peniaga-peniaga yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Bermula daripada sit...