Ramai yang fikir orang yang jual air di tepi-tepi jalan itu hanya biasa-biasa. Ops! Anda silap. Sebabnya dengan buat bisnes air lah yang buat mereka ini mengaut keuntungan besar.
Cuba bayangkan dengan hanya bermodalkan RM12 untuk membancuh air, peniaga air ini dapat hasilkan jualan RM120. Itu situasi sekiranya mereka dapat jual habis satu balang air. Kalau tak laku pun, dengan hanya jual enam bungkus air pun sudah balik modal.
Jangan fikir manis saja, pahit pun kena telan juga.
Mesti anda rasa berminat kan nak mulakan bisnes ini? Tapi itu hanyalah manisnya sahaja. Anda jangan lupa setiap jenis perniagaan ada manis dan ada pahitnya juga. Okey! Saya cerita yang pahitnya pula. Ini adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri.
Saya mula berminat dalam bisnes air balang ini sejak 2008 lagi. Ketika itu saya tercari-cari apakah bisnes modal kecil untung besar yang boleh saya lakukan. Maklumlah ketika itu modal pun cukup-cukup makan sahaja.
Berapa Modal Memulakan Bisnes Air Balang?


