Bisnes modal kecil untung besar memang menjadi rebutan peniaga-peniaga yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.
Bermula daripada situ saya mula tertarik dengan bisnes air balang ini. Tapi kesilapan terbesar saya ketika itu adalah main buat saja. Saya pun bukanlah ada apa-apa asas dalam berniaga ni.
Jadi banyak perkara yang saya tidak tahu. Orang kata main langgar jer. Daripada situ banyak modal yang terbuang. Air yang dijual tidak laku. Gerai sunyi sepi.
Daripada awal ingat nak jimatkan duit dengan buat bisnes modal kecil untung besar, kesudahannya banyak pula duit yang hangus.
Kalaulah daripada awal lagi saya sudah cari orang berpengalaman dalam buat bisnes jual air kan bagus. Setidak-tidaknya boleh juga saya meminta nasihat mereka. Tapi nak buat macam mana kan, benda sudah lepas.
Air yang laku keras.
Sepanjang saya berniaga air ini, air yang paling banyak permintaan adalah air yang sedang viral. Memang pelanggan akan beratur panjang kalau anda menjual air yang tengah viral. Antaranya ialah air kopi hipster.
Tapi sayang, kebanyakan air yang viral ini hanya mampu bertahan sekejap sahaja. Paling lama pun dua bulan sahaja. Lepas itu permintaan air ini akan mula berkurang dan kemudiannya sepi.
Tapi sebagai peniaga kita kena pandai mengambil peluang. Kalau air itu sudah tiada permintaan, kita jual air lain pula. Sekarang ini tengah viral air bubble tea.
Jangan tunggu lagi! Kerana permintaan air ini pun bakal berkurang juga nanti. Selagi masih banyak permintaan ini, boleh jual kaw-kaw punya.
Tapi kalau anda tidak mahu mengejar trend semasa boleh menjual air yang sentiasa mendapat permintaan. Salah satunya ialah coconut shake. Memang tidak pernah putus permintaan air ini.
Tapi sambutannya tidaklah sehangat dengan sambutan air viral. Coconut shake ini mudah untuk dicari, manakala air viral ini hanya wujud pada ketika ia viral sahaja. Jadi tak hairanlah kenapa pelanggan sanggup untuk beratur untuk mendapatkan air viral ini.



.jpg)
.jpeg)
.jpeg)








.jpeg)



.jpeg)
